PAJAK GADAI-i AR-RAHNU

Skim ini memberi pilihan/alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan tunai secara segera berdasarkan prinsip gadaian syariah dan mengelakkan aktiviti pinjaman wang secara haram/peminjam tanpa lesen/pinjaman ceti, along dan sebagainya.
Konsep
Al-Wadiah and Qardhul Hassan
Kelayakan
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan pemastautin tetap
Bukan Warganegara
Tidak muflis
Jumlah Pinjaman
Margin pinjaman sehingga 65% (berkuatkuasa mac 2011,lepas 70% ) sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
Setiap gadaian tidak melebihi RM10,000.00 sehari dan tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh pembiayaan : 6 bulan sahaja
Tempoh lanjutan : Dengan syarat upah simpan bagi tempoh 6 bulan yang telah berlalu dijelaskan dan tempoh lanjutan diberi dalam gadaian 6 bulan
Gadaian Diterima
Memiliki barang kemas (emas) 18K – 24K
Upah simpan
Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas.
Jenis Skim Jumlah Pinjaman Kadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhun sebulan
Ar-Rahnu RM100.00 – RM1,000.00 RM0.65
RM1,001.00 – RM10,000,00 RM0.75
Az-Zahab RM10,001.00 – RM100,000.00 RM0.75
———————————————————————————————————
Ar-Rahnu Agro Bank
Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.
Kelebihan Skim Ar-Rahnu.
Pembiayaan mengikut Syariah.
Cepat, mudah dan selamat.
Lebih murah.
Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
Tempoh gadaian lebih lama.
Kelayakan Pemohon.
Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.
Had Gadaian.
Maksimum RM 50,000 @ RM 10,000 sehari.
Minimum RM 100.
Jenis Barang Gadaian.
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
Rantai.
Subang.
Cincin
Gelang tangan dan gelang kaki
Keronsang
Duit syiling emas dan emas keping
Lain-lain.
*Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank.
Kadar Upah Simpan.
Nilai Barang Kemas Margin Pinjaman Kadar Upah Sebulan Upah Simpan Sebulan
RM 100 50% RM 0.50 RM 0.50
RM 100 60% RM 0.60 RM 0.60
RM 100 70% RM 0.75 RM 0.75
Penebusan Gadaian.
Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebulan atau pada tarikh matang.
Cara Memohon.
Isi borang permohonan.
Satu salinan Kad Pengenalan.
Barang kemas yang hendak digadai.
Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera.
* Tertakluk kepada syarat dan peraturan tanpa sebarang notis.Maklumat lanjut sila layari www.agrobank.com.my
* tertakluk kepada perubahan nilai pinjaman semasa
_______________________________________________________________________________________
APA BESTNYA AR-RAHNU
Antara kelebihan Ar Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvesional ialah:
1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan PKonvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
5. Caj Perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlakudalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang di gadai oleh penggadai.
____________________________________________________________________________________________
Bagaimana nak buat” OVERLAPPING ” dengan Ar-rahnu ????…
Ramai yang bertanya kepada saya tentang proses mcm mana nak dapatkan untung dgn Ar-rahnu Agrobank, Ok lah,pada post kali ini,saya akan buat satu contoh situasi keadaan sebenar bgimana nak mbuat overlapping @ di panggil tukar surat pajak. Kita ambik situasi rate dahulu dan sekarang.
Purity/Rate
Baru (Disember 2010)
Lama (September 2010
999.9
RM165.80
RM148.50
Cara pengiraan dan nilai gadaian lama boleh dilihat disini:
Nilai gadaian lama:
50 Gram:
Nilai Marhun: 50 X 1 X RM148.5 = RM 7425.00
Pinjaman: 70% X RM7425.00 = RM5197.50
Upah Simpan: (RM7425/RM100) X RM0.60 = RM44.55
Nilai gadaian baru:
50 Gram:
Nilai Marhun: 50 X 1 X RM165.8 = RM 8290.00
Pinjaman: 70% X RM8290.00 = RM5803
Upah Simpan: (RM8290/RM100) X RM0.60 = RM49.74
Cara pengiraan wang yang anda akan dapat selepas offset/overlap berlaku:
Nilai Pinjaman baru – (Nilai pinjaman lama + upah simpan lama)= Duit lebihan offset
RM5803 – [RM5197.5 + (3 bulan x RM49.74)] = RM456.28 (inilah untung/dividen anda)
Pengiraan ini sama untuk semua emas anda!
Selamat membuat overlap!
Nota:
Agrobank tidak membuat gadaian terhadap emas jongkong atau dinar
yang tiada certificate.
Pinjaman tanpa faedah: Ar-Rahnu
AR-RAHNU merupakan sistem pajak gadai yang memberi kelebihan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.
KETIKA keadaan ekonomi yang tidak menentu pelbagai kaedah pinjaman wang dicari oleh pengguna sebagai cara mendapatkan wang pada kadar segera.
Selain ceti dan ah long, pajak gadai juga menjadi pilihan. Bezanya, mereka yang ke pajak gadai ialah daripada kalangan individu yang memiliki emas untuk dicagarkan.
Sayangnya, niat awal untuk menebus kembali barang yang dicagar mungkin tidak kesampaian menyebabkan ramai yang terpaksa melepaskannya walaupun ia barang berharga yang diwarisi turun-temurun.
Inilah antara kelemahan sistem pajak gadai kaedah konvensional.
Kewujudan pajak gadai di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19. Sistem itu diperkenalkan oleh pendatang Cina yang bekerja di lombong bijih timah di Semenanjung Malaysia.
Ia dianggap sebagai salah satu cara bagi mendapatkan pinjaman tunai segera terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Sistem pajak gadai itu sangat popular kerana ia tidak memerlukan prosedur atau lebih mudahnya, perjanjian antara pemberi pinjaman dengan peminjam berlaku tanpa banyak kerenah.
Bagaimanapun, sistem tradisional itu membebankan peminjamnya apabila mengenakan kadar faedah yang tinggi, lebih-lebih lagi kepada umat Islam yang sememangnya tidak boleh melibatkan diri dengan sebarang amalan kewangan yang melibatkan riba.
Satu-satunya alternatif buat umat Islam ialah dengan menggunakan perkhidmatan pajak gadai Ar-Rahnu.
Skim Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.
Ia diperkenal oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (Ypeim) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 27 Oktober 1993. Yayasan itu bertindak sebagai pelabur utama dana, penyelaras sistem, latihan dan promosi manakala pelaksanaannya dilaksanakan oleh Bank Islam (M) Bhd.
Skim itu merupakan alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya untuk modal perniagaan secara kecil-kecilan.
Cagar mas
Ia juga sumber untuk membiayai pendidikan di samping membebaskan umat Islam daripada amalan riba dan manipulasi oleh pengamal pajak gadai konvensional yang tidak jujur.
Malah sebagai pelopor kepada sistem itu, ia dianggap mampu menjadi alternatif terbaik kepada umat Islam dan rakyat negara ini daripada terjebak dengan ceti haram dan ah long.
Bagi mereka yang masih belum memahami Ar-Rahnu, ia adalah sistem pajak gadai Islam yang membolehkan orang ramai yang memerlukan wang segera mencagarkan barangan kemas kepada pihak bank.
Ar-Rahnu merupakan satu bentuk perniagaan pajak gadai Islam yang menawarkan pinjaman tanpa faedah tetapi hanya sekadar upah simpan yang rendah.
Malah jumlah gadaian yang ditawarkan juga tinggi dengan tempoh gadaian yang fleksibel.
Bank lazimnya menawarkan kadar pinjaman sehingga 60 peratus (bergantung kepada bank) daripada nilai emas itu.
Para peminjam pula tidak akan dikenakan sebarang faedah di atas pinjaman itu sebaliknya pihak bank akan mengenakan upah simpanan berdasarkan nilai emas.
Sistem pajak gadaian yang berlandaskan hukum Islam itu memberi kelebihan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.
Ia telah pun dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat misalnya memperkenal Skim Ar-Rahnu sejak 1993 dengan kerjasama YPEIM.
Menurut Pengurus Skim Ar-Rahnu Bank Rakyat Mohamad Sabri Mohamed Nor, sebelum ini orang ramai menghadapi pelbagai masalah ketika menggunakan khidmat pajak gadai konvensional kerana syarat-syarat bayaran balik yang ketat dan dikenakan faedah yang membebankan.
"Skim Ar-Rahnu di Bank Rakyat menawarkan pembiayaan bercagar sehingga RM5,000 dengan tempoh maksimum enam bulan yang dibayar sekali gus apabila tempoh itu berakhir," jelas beliau.
Pihaknya turut menyediakan skim Az-Zahab iaitu membabitkan pembiayaan di antara RM5,001 hingga RM50,000 yang dibayar balik secara ansuran dengan tempoh maksimum tiga tahun.
"Skim Ar-Rahnu dan Az-Zahab berpotensi untuk muncul sebagai salah satu alternatif sistem pajak gadai berasaskan syariah atau konvensional yang sedia ada," tambah beliau.
Kedua-dua skim itu yang digubal oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat dengan kerjasama YPEIM menawarkan pembiayaan secara Islam dan pelanggan dikenakan upah menyimpan barang cagaran berupa emas pada kadar yang berpatutan mengikut kiraan hari, katanya.
Menurutnya jika barang cagaran dilelong, harga lelongan dikembalikan kepada pelanggan selepas ditolak jumlah pembiayaan dan upah menyimpan, menjadikan skim itu lebih telus berbanding skim konvensional.
Kemudahan Skim Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu turut dikendalikan oleh Bank Islam dan Agrobank. Ia bukan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berhutang, tetapi menyediakan kemudahan kewangan kepada orang ramai yang kesempitan wang.
Proses gadaian dilakukan secara telus iaitu di hadapan peminjam dan berdasarkan hukum syarak.
Selain dijamin daripada disalah guna, ia lebih selamat dan terjamin berbanding jika seseorang itu terpaksa mendapatkan khidmat pinjaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.