UNTUK SESSI TAKLIMAT TERKINI SILA HUBUNGI: 019-983 9099-USTAZ SYED
EMAS KEUTUHAN EMAS TAHUKAH ANDA FAKTA FAKTA 2 PELABURAN EMAS FAKTA 3 FAKTA 4 HALAL

Sunday, 13 May 2012

Tips Perniagaan Emas



Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…
Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.
Perniagaan emas.
Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…
Sekarang cuba bayangkan… Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.
Best tak?
Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana:
1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.


























Tips perniagaan emas yang berjaya:

Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:
1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.

Ok, mari saya huraikan satu persatu:
1. Pembekal yang baik.
1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.
2. Pembeli yang baik.
Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.
1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)
2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).
Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.
1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..
5. Banyak ilmu tentang emas.
1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.
Saya sendiri memiliki banyak koleksi buku-buku berkenaan emas. Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.
Read More

Rantai Emas Untuk Beli Rumah?







Soalan : Bagaimana beberapa utas rantai emas ini boleh membeli sebuah rumah ? Kalau satu utas ni 999 beratnya 100g, kesemuanya bernilai RM170,000. Beberapa utas ini boleh muat dalam poket sebelah seluar jeans sahaja beb !

Pelik bukan ? Logam kuning ini, yang tidak berbuah, tidak berbunga, tidak bercambah, bau pun takde, rasa pun tawar, tapi harganya MasyaAllah .. mahal banget !
Saya boleh jawab soalan ini mengunakan alasan ia adalah matawang sejak beribu tahun dahulu, ianya dijadikan pemberian kepada dewa-dewa dan raja-raja, ianya sukar didapati, ianya rare etc.
Tapi saya malas. Saya dah bosan dengan penjelasan itu. Kerana ia masih tidak menjawab persoalan utama, iaitu :
“Kenapa emas dipilih menjadi asset berharga ? “
“Kenapa tidak pilih aluminum ke, batu kerikil ke, iPhone ke, getah sekerap ke ? “
“Kenapa ? Kenapa emas ? Kenapa ?”
Saya dah lama mencari jawapannya, dan percayalah, tanyalah kepada pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar pelaburan, bankers, doctor, professor .. tiada siapa boleh menjawab persoalan :
“Kenapa emas DIPILIH menjadi asset berharga ? “
Kalau anda tahu sesiapa yang ada jawapan yang lebih baik dari jawapan saya, sila tinggalkan mesej. Saya nak mengaji juga dengan orang itu. Saya akan hadiahkan 1oz Harimau Malaya GSR kalau jawapannya tidak boleh disangkal.

Bagaimana kita hendak jelaskan kewujudan asset emas ini sebagai logam berharga ?
Adakah kerana dengan kepercayaan datuk moyang kita merupakan alasan yang kukuh ?
Adakah kerana ianya sukar didapati ? Tidak mungkin kerana ada banyak lagi logam dalam “periodic table” yang lebih rare seperti Iridium.
Dan jawapannya saya jumpa ditempat yang saya tidak sangka. Jawapanya selama ini ada didepan mata kita sendiri. Telah diletakkan hijab didepan kita. Kita hanya melihat dengan sebelah mata, mata fizikal tetapi tidak dengan mata hati.
Ianya ada dalam jiwa setiap manusia. Ianya telah diprogram dalam akal firkiran manusia sejak Nabi Adam lagi. Sepertimana seorang lelaki yang telah diprogram untuk tertarik pada kaum wanita.
Saya petik kata-kata arwah bekas timbalan governer bank pusat, National Bank of Hungary,
“Terdapat lebih kurang 300 pakar ekonomi dunia yang tidak menyebelahi emas, dan mereka fikir emas hanya satu simbol pemujaan primif. Tetapi malangnya, terdapat 3 billion penduduk dunia yang mempercayai dalam emas” – Janos Fekete (1918-2009)
Jadi jika ianya telah diprogram dalam diri kita, bermakna ianya datang secara semulajadi.
Ianya datang dari Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, Allah s.w.t
Tak percaya ? Anda tanyalah Sheikh Google, tanye kepada Google, apa fungsi emas didalam dunia ini ?
Anda akan temui, hampir 90% emas-emas yang pernah dilombong masih lagi duduk didalam peti-peti besi bank, simpanan peribadi dan barang kemas.
Kalau anda seseorang yang curiga, sudah pasti akan bertanya,
“Kalau duduk simpan saja, buat apa penat-penat pergi melombong & mendulang ?”
Sudah nampak apa yang cuba saya sampai kan ? Apa fungsi Allah cipta emas didunia ini ? Dok sesajer dalam peti besi ?
Rujuklah didalam Al Quran. Apabila disebut emas, ianya sudah pasti bersangkut paut dengan ganjaran Allah. Atau hukuman kerana tidak beramal dengan harta. Atau sebagai perbandingan kejahilan manusia.
Didalam Injil dan Taurat juga ada disebut perihal yang sama.
Kita lihat didalam Al-Quran itu sendiri. Sebahagiannya :

Sural Al-Hajj ayat 23
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
Surah Ali Imran ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.
Surah Ali Imran ayat 14
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Ini adalah firman Allah s.w.t. Kalimah Allah. Kata-kata Allah.
Bukankah Allah telah berfirman Al Quran akan menjelaskan tiap-tiap sesuatu ?
Surah Al Nahl ayat 89
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
Nampak penjelasannya sekarang ? Perlukan saya cerita lebih panjang ?
Read More

Fakta Menarik Tentang Gigi Emas



Jika anda ingin mengetahui lebih fakta menarik tentang gigi emas, selain daripada aspek mereka, membaca artikel ini untuk pemahaman yang lebih baik pada tajuk ini. Pertama anda perlu tahu bahawa gigi yang dibuat dalam emas boleh datang dalam dua bentuk: mahkota tanggal dan gigi. Doktor gigi dan juruteknik ,mereka menggunakan bahan emas kerana ini adalah mudah untuk bekerja dengan membenarkan mahkota untuk menjadi sesuai untuk kerja-kerja pergigian.
Bahan emas membuat gigi adalah sangat tahan pada pelbagai aktiviti pada mulut : menggigit dan mengunyah barangan yang keras, semua ini dilakukan tanpa melanggar gigi. Kebanyakan masa, logam mahkota gigi kedudukan dalam kawasan yang tidak membenarkan kerja-kerja pergigian untuk menjadi dapat dilihat apabila seseorang itu tersenyum. Ini adalah sah untuk orang-orang yang tidak mahu kerja yang telah ditetapkan di tempat kerja gigi mereka. Terdapat juga cara lain untuk menggunakan gigi emas: orang yang mahu mempunyai satu ini sebagai perhiasan yang dipakai di dalam mulut mereka boleh memilih untuk gigi emas boleh tanggal.
Anda akan mendapati bahawa gigi emas telah menjadi sangat popular di kalangan pelbagai orang-orang yang mahu apa yang terbaik jika untuk kerja-kerja pergigian mereka. Gigi ini dikenali dengan pelbagai nama pelbagai: topi emas, fon emas, serta slug emas. Ia digunakan dalam apa-apa cara yang mereka boleh dengan mudah khas untuk dimuatkan di dalam mulut anda seperti ia adalah dengan penutup yang boleh susut lebih gigi dan kemudian telah mereka direbut di dalam dan di luar apabila mudah.
Emas yang digunakan untuk gigi bekerja 14k, 18k dan 22k, tetapi ia juga digunakan dengan perak, emas putih atau platinum – yang mana sesuai dengan citarasa anda. Jika anda mahu untuk memerintahkan untuk gigi emas, anda boleh menemui banyak laman web yang disediakan kepada perintah daripada dengan pelbagai sampel untuk dipilih. Proses pesanan untuk mereka talian dilakukan seperti berikut: anda memilih reka bentuk, anda perintah untuk kit yang termasuk acuan mulut untuk mengambil kesan gigi anda dan kemudian hantar ke tapak tertentu. Mereka akan terus kerajinan gigi emas dalam makmal topi emas mereka dan menghantar kerja kembali kepada anda.
Read More

Sindiket emas palsu Ar-Rahnu tumpas


IPOH 17 April – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 dan 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas dekat sini, pada 2 April lalu.
Katanya, pemilik kedai emas itu mendakwa didatangi seorang suspek yang menawarkan surat gadai emas menerusi Skim Ar-Rahnu dari sebuah bank tempatan. ”Pengadu bersama suspek ke bank berkenaan untuk menebus barang kemas berupa tujuh biji loket emas bernilai RM32,394.24. ”Selepas barangan itu diserahkan kepada pengadu dan pemeriksaan dibuat dengan memotong salah satu daripada loket, pengadu menyedari bahawa ia merupakan emas tiruan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Shukri berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menggadaikan emas tiruan di bawah Skim Ar-Rahnu dan apabila tamat tempoh gadaian emas tersebut, ia akan dijual kepada pembeli lain. Katanya, siasatan awal mendapati, dua daripada suspek merupakan bekas pekerja bank tersebut manakala seorang lagi penganggur. ”Hasil tangkapan itu, polis merampas 15 utas rantai tangan dan 15 utas rantai leher yang disyaki tiruan seberat dua kilogram yang dianggarkan bernilai RM360,000,” kata beliau.
Menurutnya, daripada semakan yang dibuat, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah iaitu memalsukan dokumen pada 1985 dan 1986. ”Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya ada individu yang menawarkan barang kemas untuk dijual kerana disyaki sebagai barangan tiruan. ”Justeru itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.
Read More

Warga Emas Jumpa Harta Karun Bernilai RM123,864.00

Berbentuk hati dengan dua tangan berpegangan dan berukir di bahagian seperti lengan itu. Kerongsang kecil ini bukti kejayaan besar buat seorang warga emas dari england ini.
Read More

Tuesday, 8 May 2012

3 Kaedah Menyimpan Emas




















Terdapat 3 kaedah untuk menyimpan emas pelaburan anda;

  • Simpan di rumah : Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain.
  • Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu ‘fully utilize’ SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.
  • Simpan di ar-rahnu: Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.

Berapa Jumlah Kos Pelaburan Anda ???

Dengan memajakkan emas pelaburan anda di ar-rahnu bermakna anda telah menambah kos pelaburan sebanyak 7.2% setahun. Kadar ini adalah mengikut kos simpanan 60sen untuk setiap RM100 nilai marhum dengan pinjaman 70%.

Kaji senario ini;

Anda membeli dari syarikat X yang menawarkan spread 6%.Anda gadai emas berkenaan di ar-rahnu selama 12 bulan (6+6) dengan kos 7.2%.Setelah 12 bulan kadar peningkatan harga emas ialah 25%, maka berapa kos dan pendapatan sebenar anda???

Jumlah kos = nilai spread + kos simpan ar-rahnu = 6% + 7.2% = 13.2%Jumlah keuntungan = Nilai emas semasa -Jumlah kos = 25% – 13.2% = 11.8%

Dari kiraan di atas, dengan menyimpan di ar-rahnu, sekiranya peningkatan harga emas ialah 25% setahun, maka jumlah keuntungan yang akan diperolehi ialah 11.8%.

Bagaimana sekiranya nilai spread adalah tinggi seperti 10% ?

Nilai spread yang tinggi (10%) akan meningkatkan kos pelaburan kepada 17.2% sekaligus mengurangkan keuntungan kepada 7.8% setahun.

Bagaimana untuk kurangkan kos pelaburan???

Anda kena bijak mencongak !
Ikuti tips berikut;
  • Beli emas dari syarikat pengeluar emas yang mampu membeli balik emas anda pada nilai spread terendah. Spread akan memberi kesan sekali sahaja sepanjang tempoh anda memilikki sesuatu emas pelaburan. Menjual kepada kawan-kawan boleh mengurangkan spread berkenaan.
  • Panjangkan tempoh simpanan agar purata spread anda berkurangan.
  • Sentiasa peka kepada promosi yang dibuat oleh ar-rahnu yang mungkin mengurangkan kadar upah simpan pada tempoh tertentu. Upah simpan yang murah akan mengurangkan kos.
  • Simpan di safe deposit box yang kadar sewaannya lebih murah sekiranya anda tidak memerlukan wang tunai atau tidak berminat untuk menambah stock emas anda.

Menyimpan di ar-rahnu memberi peluang kepada pelabur menambah stock emas ketika harga masih rendah. Ini kerana harga emas akan meningkan berkadaran dengan masa. Pun begitu, pelabur mestilah mempunyai disiplin dalam menguruskan simpanan emas. Elakkan dari menggunakan wang gadaian sewenang-wenangnya selain dari utuk simpanan atau pelaburan yang menguntungkan. Ini bagi mengelakkan dari emas yang digadaikan di lelong dan memberikan rekod buruk terhadap diri anda.
Read More

Kebaikan Menjual Emas



Menjual emas disyorkan bagi sebab-sebab berikut:
1. Dapat membuat duit tambahan- oleh kerana harga emas yang tinggi, ia adalah satu  manfaat untuk anda mendapatkan lebih keuntungan apabila anda menjual emas.
2.Menyingkirkan emas yang tidak diingini – gelang atau rantai yang pecah kadang-kadang ramai yang mungkin keberatan untuk menjual emas lama kerana nilai sentimental.Tetapi hendaklah diketahui bahawa emas lama masih mempunyai nilai dan harganya di pasaran.
3. Membantu memelihara alam,kerana sekitar lombong Emas sangat menjejaskan alam sekitar dengan aktiviti perlombongan, dengan kaedah kitar semula emas yang telah digunakan akan membantu menyelamatkan dunia hijau.


Satu lagi alasan yang baik untuk mengitar semula emas lamaadalah bahawa ia membantu alam sekitar. Lombong emas terkenal kerana menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Pertama sekali,banyak bijih perlu diproses untuk mengekstrak emas - sebagaicontoh, jumlah emas yang diperlukan untuk satu cincin memerlukankira-kira 2 tan bijih! Ini bermakna bahawa sebagai jumlah apinya emas sedia ada, lombong perlu digali dengan lebih mendalam danlebih agresif, yang bererti bahawa sebahagian besar alam sekitar dimusnahkan.Satu lagi isu ialah penggunaan bahan kimia berbahaya seperti sianida. Sisa dari lombong emas boleh bocor ke dalam bekalan airyang berhampiran dan mencemarkan mereka. Pada tahun 2000 sebuah empangan pecah di lombong emas di Romania,menyebabkan beberapa sungai menjadi tercemar. Kesan itu begitubesar bahawa bencana telah disamakan dengan Chernobyl. Secara ringkas, menjual emas lama mengurangkan keperluan untuk emas baru yang akan dilombong.
Read More

Cara Kiraan ZAKAT EMAS Di Malaysia

Emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.
Read More

POPCORN Paling Mahal Di Dunia - Diliputi EMAS


Apabila anda terfikirkan Popcorn,mestilah anda berfikir tentang pawagam dan filem yang ditonton dan juga snek ringan yang akan anda beli sebelum menonton wayang.Saya tidak tahu berapa yang anda bayar untuk popcorn di negara anda, tetapi disini hanyalah beberapa dolar.

Berco telah melakukan sesuatu yang luar biasa terhadap bisnes Popcorn, ia dipanggil Billion Dolar Popcorn.Popcorn yang sangat istimewa ini berharga $100 dolar sebungkus, ia merupakan Popcorn yang paling mahal di dunia.

Mengapa begitu mahal? Popcorn Bilion Dolar menggunakan gula organik, mentega dari Vermont penjualan susu, Nielsen Massey Bourbon Vanila, dan garam di dunia yang paling mahalyang datang dari Pulau Denmark Laeso bahawa mengikut mitologi ,Norse adalah tempat pemujaan tuhan zaman dulu.Selesai dibakar,Popcorn caramel ini kemudian ditabur dengan emas 23 karat yang boleh dimakan.

Sudah pastinya Popcorn yang sangat mahal ini kelihatan sangat cantik dan sedap untuk dimakan.Jadi jika anda mahu merasa kesedapan dan kemewahan hidangan ini silalah membuat pesanan di laman web Berco.Dan saya berharap ia tidak menghampakan anda dan berharap bungkusannya bernilai.
Read More

Saturday, 5 May 2012

30 + 1 Kelebihan Pelaburan Emas Dan Simpanan Emas



Kami cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? Apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas? Kami pernah berjumpa pelanggan dari Putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilauannya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri .. tapi umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
 

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam ….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai. 

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu” 

Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya .. maka antara 30+1 kelebihan melabur didalam emas adalah:

1) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur

2) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
3) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
4) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
5) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
6) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
7) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi

“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)


8) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.

9) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
10) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
11) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
12) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
13) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram  hingga 100gram.
14) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
15) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
16) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
17) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
18) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
19) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
20) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
21) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
22) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
23) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
24) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
25) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. mesin ATM? Erm..
26) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
27) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
28) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
29) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
30) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
31) HANTARAN / MAS KAHWIN
Read More
Ping Blog